Thursday, 25 August 2011

MINAL AIDIL WAL FAIZIN..

Khas untuk semua rakan,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Duduk termenung di tepi tangga,
Mengenang orang nun jauh di sana,
Ramadhan makin meninggalkan kita,
Kemeriahan Syawal mula terasa.

Orang yang jauh,tak sabar menunggu,
Ingin bertemu sanak saudara,
Semuanya ingin serba baru,
Ikutkan hati,poket yang binasa.

Kuih tart,kuih samperit,
Ketupat dan rendang juadah utama,
Beli tiket jangan last minute,
X dapat balik,padankan muka,. :)

Angpau raya ikut mampu ye,
Jangan sampai pening kepala,
Rancang perjalanan biar sempurna,
Jangan ada yang tertinggal pula. 

Tiket dibeli atau minyak diisi,
Bas atau pandu sendiri,
Balik ke kampung berhati-hati,
Jangan sampai jadi trajedi.

Dengan sibuk persiapan raya,
Jangan lupa tunaikan zakat,
Dalam meriah menyambutnya,
Golongan kurang mampu jangan dilupa,

Seloka cuma suka-suka,
Salah dan silap,
Maaf dipinta,
Moga kita semua diberkatiNYA..





No comments:

Post a Comment